create your own banner at mybannermaker.com!

Sunday, December 12, 2010

sesungguhnya aku sedang di uji dengan beratnya...

Sesungguhnya aku sedang di uji dengan berat sekali..
menyedari bahawa dir ini cuma manusia biasa yang selalu berbuat silap, aku terima dengan sabar dan selayaknya aku mendapat ujian itu..
berfikir dari sudut yang lain, ujian itu menunjukkan kecintaan Allah pada aku, hambanya.. tapi sebesar manakah cintaNya?? adakah benar Dia ingin menunjukkan kecintaanNya??..
bukan niat aku untuk mempersoalkan aturan Tuhan.., cuma kadang-kadang kelemahan iman meragui semua ini.. apakan daya aku manusia biasa yang lemah.. usikan syaitan yang direjam tidak mampu aku bendung..
Tetapi sebanyak mana pun persoalan, ianya tetap menjadi rahsiaNya..
mungkin bukan sekarang Allah menampakkan kepadaku rahsia disebalik ketentuanNya.

Allah itu Adil...
semoga aku tidak meragui keadilanNya pada setiap hambaNya..
mungkin pada saat ini, giliran mereka-mereka berada di kedudukan atas dan aku berada di bawah..
aku mesti yakin, nanti sampai satu masa aku akan mengambil alih kedudukan mereka-mereka yang di atas dan mereka akan merasai kedudukan di bawah seperti mana aku merasainya..

Doaku, moga dipercepatkan putaran roda yang akan membawa aku ke atas..
Hasratku, moga dipermudahkan jalan untuk aku menempuh perjalanan hingga ke kemuncak..
Pintaku, moga Allah selalu bersama aku..meredhai jalanku..dekat dihatiku..dan mempersiapkan sesuatu yang indah untukku kelak... 


1 comment: