create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 27, 2010

Everything was change when you came along

wink3x...
setelah sekian lamer tidak m'update blog..akhir nyer aq mengerah mindaku utk mencari bait-bait kata untuk ditaip pada malam ini...hehe =)
nk di jadikan cerita, sambil-sambil mencari idea aq layan lagu maher zain...pergghhh... syok jugak.. akhir nyer aq tertarik ngan satu rangkap lagu yang aq dengar tu..."everything was change when you came along..." kalau korang bijak betari,lagu apakah itu??huhu...
one word too describe feeling aq biler dengar lagu tu..."suka".. dan di mana minda aq pada masa tu??..hehe, mesti r melayang-layang...ke mana??...biarlah rahsia,..

"everything was change when you came along...".. memang... aq mengaku 97.9%, semenjak kamu hadir dalam hidup aq, banyak hal yang berubah.. yang paling ketara adalah diriku sendiri.. aq perasan perubahan pada diriku setelah kehadiran kamu... tetapi aq bukan berubah kerana kamu, aq berubah kerana diriku sendiri yang mahu mengubah nyer...tetapi kamu adalah penguat aq..penyokong aq...terimas yer...huhu..

thank you...
komawo...
toce...
arigatokuzaimas...
terima kasih...
('',)

lagi nak tulis per...cukup la kot...hehe =)
bye2x...


Sunday, December 12, 2010

sesungguhnya aku sedang di uji dengan beratnya...

Sesungguhnya aku sedang di uji dengan berat sekali..
menyedari bahawa dir ini cuma manusia biasa yang selalu berbuat silap, aku terima dengan sabar dan selayaknya aku mendapat ujian itu..
berfikir dari sudut yang lain, ujian itu menunjukkan kecintaan Allah pada aku, hambanya.. tapi sebesar manakah cintaNya?? adakah benar Dia ingin menunjukkan kecintaanNya??..
bukan niat aku untuk mempersoalkan aturan Tuhan.., cuma kadang-kadang kelemahan iman meragui semua ini.. apakan daya aku manusia biasa yang lemah.. usikan syaitan yang direjam tidak mampu aku bendung..
Tetapi sebanyak mana pun persoalan, ianya tetap menjadi rahsiaNya..
mungkin bukan sekarang Allah menampakkan kepadaku rahsia disebalik ketentuanNya.

Allah itu Adil...
semoga aku tidak meragui keadilanNya pada setiap hambaNya..
mungkin pada saat ini, giliran mereka-mereka berada di kedudukan atas dan aku berada di bawah..
aku mesti yakin, nanti sampai satu masa aku akan mengambil alih kedudukan mereka-mereka yang di atas dan mereka akan merasai kedudukan di bawah seperti mana aku merasainya..

Doaku, moga dipercepatkan putaran roda yang akan membawa aku ke atas..
Hasratku, moga dipermudahkan jalan untuk aku menempuh perjalanan hingga ke kemuncak..
Pintaku, moga Allah selalu bersama aku..meredhai jalanku..dekat dihatiku..dan mempersiapkan sesuatu yang indah untukku kelak... 


Kalau Tuhan Dikenali

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
~ seseorang yg dpt menambahkan rasa rinduku pada-Nya...~

Dlm khalayak ramai aku berseorangan,
tiap-tiap org menyangka die itu sahabatku,
tetapi tiada siapa yg tahu rahsia di hatiku..

Thursday, December 2, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

sources: "mujahid cinta"

Aku hanya wanita biasa..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

mylurvyhours.blogspot.com

Wanita vs dapur..

Assalamualaikum...
Hari ni rutin seperti biasa, masak...hehe tiap-tiap pagi keje aku kat umah masak untuk lunch.. dan hari ni aku paling suka berada di dapur, tak tau la kenapa.. sambil masak tadi aku terfikir, best jugak jadi suri rumah ni... hati aku pun berbisik "aper kater jadi suri rumah jer, tak payah la susah-susah keje kat luar."haha... "pagal"....mean gila!... tak kan belajar tinggi-tinggi nak jadi suri rumah...haha..

Tapi kalau kiter teliti dengan realiti hidup wanita, memang di dapur itulah tempatnyer..huhu,. belajar sampai PHD pun mesti pijak dapur.. kalau tak sebelum kawin, lepas kawin.. kalau tak lepas kawin, lepas ader anak.. konfirm lepas dua atau tiga orang anak suami mintak duk umah jaga anak..haha,. dan tak terkecuali mungkin diri aku sendiri akan berada dalam situasi tu...hmmm.... almaklum la..perempuan..hehe..

Agak nyer cam maner kesudahan wanita-wanita yang berkerjaya yer??...huhu, tertanya gak aku.. adakah smpai ke tua bersama ngan kerjaya?? atau tak smpai lima tahun kawin dah kene tinggalkan kerjaya tersebut??almaklum la, ikot cakap suami..huhu.. entah la.. lau cam tu rugi la belajar tinggi-tinggi...hmmm... sebagai isteri mesti la ikot cakap suami, kalau tak...tak bau syurga la...huhu

As a conclusion, fikir-fikirkan la cam amner kesudahan kiter ni sebagai wanita...hehe, jom kiter sama-sama fikir masa depan kiter... harap-harap cerah la yer...hehe..

"hmmm....aper kater jadi suri rumah berdiploma, bergaji...hehe, suami la bayar saper lagi....:p"

mylurvyhours.blogspot.com



Wednesday, December 1, 2010

miss u much..

Hari ni aku xder aper nk diperkatakan...huhu
mood: miss someone...miss so much...

mylurvyhours.blogspot.com