create your own banner at mybannermaker.com!

Monday, December 27, 2010

Everything was change when you came along

wink3x...
setelah sekian lamer tidak m'update blog..akhir nyer aq mengerah mindaku utk mencari bait-bait kata untuk ditaip pada malam ini...hehe =)
nk di jadikan cerita, sambil-sambil mencari idea aq layan lagu maher zain...pergghhh... syok jugak.. akhir nyer aq tertarik ngan satu rangkap lagu yang aq dengar tu..."everything was change when you came along..." kalau korang bijak betari,lagu apakah itu??huhu...
one word too describe feeling aq biler dengar lagu tu..."suka".. dan di mana minda aq pada masa tu??..hehe, mesti r melayang-layang...ke mana??...biarlah rahsia,..

"everything was change when you came along...".. memang... aq mengaku 97.9%, semenjak kamu hadir dalam hidup aq, banyak hal yang berubah.. yang paling ketara adalah diriku sendiri.. aq perasan perubahan pada diriku setelah kehadiran kamu... tetapi aq bukan berubah kerana kamu, aq berubah kerana diriku sendiri yang mahu mengubah nyer...tetapi kamu adalah penguat aq..penyokong aq...terimas yer...huhu..

thank you...
komawo...
toce...
arigatokuzaimas...
terima kasih...
('',)

lagi nak tulis per...cukup la kot...hehe =)
bye2x...


Sunday, December 12, 2010

sesungguhnya aku sedang di uji dengan beratnya...

Sesungguhnya aku sedang di uji dengan berat sekali..
menyedari bahawa dir ini cuma manusia biasa yang selalu berbuat silap, aku terima dengan sabar dan selayaknya aku mendapat ujian itu..
berfikir dari sudut yang lain, ujian itu menunjukkan kecintaan Allah pada aku, hambanya.. tapi sebesar manakah cintaNya?? adakah benar Dia ingin menunjukkan kecintaanNya??..
bukan niat aku untuk mempersoalkan aturan Tuhan.., cuma kadang-kadang kelemahan iman meragui semua ini.. apakan daya aku manusia biasa yang lemah.. usikan syaitan yang direjam tidak mampu aku bendung..
Tetapi sebanyak mana pun persoalan, ianya tetap menjadi rahsiaNya..
mungkin bukan sekarang Allah menampakkan kepadaku rahsia disebalik ketentuanNya.

Allah itu Adil...
semoga aku tidak meragui keadilanNya pada setiap hambaNya..
mungkin pada saat ini, giliran mereka-mereka berada di kedudukan atas dan aku berada di bawah..
aku mesti yakin, nanti sampai satu masa aku akan mengambil alih kedudukan mereka-mereka yang di atas dan mereka akan merasai kedudukan di bawah seperti mana aku merasainya..

Doaku, moga dipercepatkan putaran roda yang akan membawa aku ke atas..
Hasratku, moga dipermudahkan jalan untuk aku menempuh perjalanan hingga ke kemuncak..
Pintaku, moga Allah selalu bersama aku..meredhai jalanku..dekat dihatiku..dan mempersiapkan sesuatu yang indah untukku kelak... 


Kalau Tuhan Dikenali

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi
~ seseorang yg dpt menambahkan rasa rinduku pada-Nya...~

Dlm khalayak ramai aku berseorangan,
tiap-tiap org menyangka die itu sahabatku,
tetapi tiada siapa yg tahu rahsia di hatiku..

Thursday, December 2, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,,,,

sources: "mujahid cinta"

Aku hanya wanita biasa..

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa..

mylurvyhours.blogspot.com

Wanita vs dapur..

Assalamualaikum...
Hari ni rutin seperti biasa, masak...hehe tiap-tiap pagi keje aku kat umah masak untuk lunch.. dan hari ni aku paling suka berada di dapur, tak tau la kenapa.. sambil masak tadi aku terfikir, best jugak jadi suri rumah ni... hati aku pun berbisik "aper kater jadi suri rumah jer, tak payah la susah-susah keje kat luar."haha... "pagal"....mean gila!... tak kan belajar tinggi-tinggi nak jadi suri rumah...haha..

Tapi kalau kiter teliti dengan realiti hidup wanita, memang di dapur itulah tempatnyer..huhu,. belajar sampai PHD pun mesti pijak dapur.. kalau tak sebelum kawin, lepas kawin.. kalau tak lepas kawin, lepas ader anak.. konfirm lepas dua atau tiga orang anak suami mintak duk umah jaga anak..haha,. dan tak terkecuali mungkin diri aku sendiri akan berada dalam situasi tu...hmmm.... almaklum la..perempuan..hehe..

Agak nyer cam maner kesudahan wanita-wanita yang berkerjaya yer??...huhu, tertanya gak aku.. adakah smpai ke tua bersama ngan kerjaya?? atau tak smpai lima tahun kawin dah kene tinggalkan kerjaya tersebut??almaklum la, ikot cakap suami..huhu.. entah la.. lau cam tu rugi la belajar tinggi-tinggi...hmmm... sebagai isteri mesti la ikot cakap suami, kalau tak...tak bau syurga la...huhu

As a conclusion, fikir-fikirkan la cam amner kesudahan kiter ni sebagai wanita...hehe, jom kiter sama-sama fikir masa depan kiter... harap-harap cerah la yer...hehe..

"hmmm....aper kater jadi suri rumah berdiploma, bergaji...hehe, suami la bayar saper lagi....:p"

mylurvyhours.blogspot.com



Wednesday, December 1, 2010

miss u much..

Hari ni aku xder aper nk diperkatakan...huhu
mood: miss someone...miss so much...

mylurvyhours.blogspot.com




Tuesday, November 30, 2010

love u all..

mylurvyhours.blogspot.com


nica.......classmate + jiran + peminat teh = sayang kamu..





kembarku di UiTM..







tak kan luperkan korang..jiran2ku..hehe







kawan kat UiTM..korang memang best!!.







kawan ku yg paling lamer..dari umur 5 tahun, sampai skang kami masih bersama..luv u fifi!!







old frenz..dari sekolah rendah ke sekolah menengah & smpai skang kami tetap berlima...,huhu..



kesimpulannya..selama kiter hidup kiter tak kan berhenti mengenali dan menyayangi....


mylurvyhours.blogspot.com

NUR IMAN@me....

NUR IMAN....ader sesetengah yang tau namaku bukan nur iman tp n.....,huhu.. Actually nur iman tu nama samaran jer dan mesti korang tertanya-tanya naper pilih nur iman..? btw..aku suka akan maknanya jika diterjemahkan kepada BM iaitu "cahaya iman".. aku sangat suka tak tahu la kenapa, harap jangan dipersoalkan..hehe

Kenapa guna nama samaran??, jawapannya suka-suka.. tak der la.. aku lebih senang korang mengenali aku dengan nama ni, of coz nama jer samaran, aku disini adalah diriku yang sebenar.. cam maner korang kenal itulah aku yang sebenar, aku tak menyamar jadi orang lain k..namer sahaja yang samar-samar tapi karakter, hati dan jiwa adalah yang sebenar-benarnya.. so, tak ader unsur hipokrit di sini..hehe

Menjadi diriku sendiri adalah penting dan aku sendiri senang dengan diriku, tak perlu nak tiru-meniru karakter orang lain.. selesa dengan performance yang simple, agak pendiam tapi dengan orang yang aku belum kenal jer.. biler dah kenal..huhu, hanya mereka-mereka yang sudah kenal jer boleh describe...teettttt... Alhamdulillah setakat ni masih belum ader sikap meninggi diri, atau dengan kata lain nyer sombong.. sangat bertuah sebab aku terpilih untuk berjalan di bumi Allah ini, jadi aku harap aku tak kan sesekali bermegah dengan aper yang aku ader. sangat kerdil diri ini jika nak di bandingkan dengan kurniaanNya yang tidak akan pernah cukup aku berterima kasih padaNya setiap kali aku peruntukkan lima waktu setiap hari untukNya. semoga aku sentiasa bersyukur dengan aper yang dikurniakan, begitu jugak ngan korang, InsyAllah..

Untuk pengetahuan korang, InsyAllah aku akan menamatkan pengajianku tak lamer lg.. lau semua berjalan dengan lancar dapatlah aku genggam segulung diploma tak lamer lagi InsyAllah.. doa-doakanlah yer.. perancangan seterusnyer tak ader lagi, lau ader rezeki sambung mengaji lagi, maklumlah umur masih muda..masa masih panjang untuk menimba seberapa banyak ilmu di bumi ni..lau boleh nak sampai ke negara cina..hehe, bak kata orang tua-tua, belajar sampai negara cina.. tu lagu zaman kanak-kanak..korang pernah dengar tak?..lau tak pernah aku pun tak tau nak memperdengarkan cam maner..:p

In short, korang pun dah tahu sedikit sebanyak pasal aku so nanti lain hari aku banyakkan lagi pengenalan diriku.. nak describe lebih-lebih pun tak reti, lau korang kenal korang tahu la cam maner..huhu, kebanyakan yang kenal aku pun lebih mengenali diri aku lepas kenal aku..isyh, cam maner ayat tu.. lu fikir la sendiri..hehe, so feel free with me and i'll free to you.. aku beransur beredar dulu yer...('',), Assalamualaikum..
mylurvyhours.blogspot.com


Monday, November 29, 2010

kenapa SNH~MLH??

Assalamualaikum pembuka bicara..hehe, sempat lg tu.. berbalik kepada persoalan diatas kenapa SNH dan kenapa MLH??..hehe.. sajer nak bagi korang tertanya-tanya aper la yang dimaksudkan dengan huruf-huruf tersebut..huhu, actually banyak makna yang tersirat dalam huruf-huruf yang terpilih tu dan yang paling penting ianya sebahagian dari nama saya.. nama apa yer??, biarlah rahsia.. bagi yang dah mengenali diri ini dan sudah mengerti maksud yang tersirat tahniah diucapkan..lalala~

By the way, bukan sebarang huruf tau yang tertera tu..tapi huruf-huruf penting bagi saya terutama tiga huruf yang di belakang tu..~MLH~,.it could be a thing, or a person, or what else..hehe, speaking la plak.. tapi yang penting ianya sangat penting tuk saya.. Lau dulu nyawa saya ader satu, tapi skang ader dua...lalala~~ cam ner nyawa boleh ader dua ni?hehe, in other words memang penting r..tak tau nak cakap cam maner.. dulu SNH jer tapi skang tambah lagi satu nyawa iaitu MLH..hehe

Tapi realitinya nyawa setiap orang semestinya satu jer kan...huhu, lau dah smpai ajal mati jugak dah tak ader talian hayat dah.. Anyway..cukup dulu kot untuk permulaan, nanti kiter sambung lagi perbualan pasal enam huruf penting ni,..mmaybe lain bulan,lain tahun or maybe tak tersambung dah..hehe, cukup la korang tau enam huruf ni sangat penting lam hidup saya.. kalau tak ader SNH, tak ader la mylurvyhours ni.. dan kalau tak ader MLH tak wujud la enam huruf terpenting lam hidup saya ni..hehe, ok then..see u all next post.. Assalamualaikum...

CHECK IT OUT!!:21 THINGS YOU SHOULDN'T DO TO YOUR BOYFRIEND..

 1. DON'T BE TOO POSSESSIVE : Don't start a fight just because you caught him talking or walking with a girl or keeping pictures and letters from some girl you don't eeven know.
 2. DON'T INVESTIGATE : Always checking where your boyfriend might be, who's with him or what he's doing will definitely annoy him.
3. DON'T BE A "DOG" : Yapping over a heated argument will not solve the problem. It will only increase tension between the two of you and could end up in a serious quarrel.
4. DON'T WALK OUT : Hey, come back here! Walking out in the middle of a heated discussion will not solve issues. Best to talk things over.
5. DON'T BE LATE : Coming late to your dates is a bad habit. Be on time. Cherish every minute of your special time together.
6. DON'T STAND HIM UP : Not coming up to your dates or scheduled meetings also isn't a good idea. Honestly tell him if you will not be able to make it. Just imagine how would you feel if he stood you up.
7. DON'T LIE : Lying to him about where you've been or what you've done will cause suspicions and eventually..start petty to serious arguments.
8. DON'T SNEAK IN HIS PERSONAL BELONGINGS WITHOUT PERMISSION : Curiosity killed the car. Especially if you haven't known each other for years yet.
 9. DON'T FORGET TO SPEND QUALITY TIME WITH HIM : No matter how busy you are, physical presence is important. Quality time is very essential in a relationship. That's why long-distance love hardly succeeds. Not seeing him for a month is long enough.
10. DON'T HIDE FROM HIM : There won't ever be a decent excuse of reason for this. What do you have in mind for doing this so, anyway?
11. DON'T DICTATE HIM : Unless he asks, don't tell him what to do. Also, don't forbid him to go out with his friends. Respect his decisions.
12. DON'T MISS YOUR ANNIVERSARY : Because it's your "historical" moment, duh.
13. DON'T ASK HIM TO CHOOSE BETWEEN YOU AND BASKETBALL : Don't be too harsh on petty matters. He may like sports or he may be dedicated hobbyist but the fact remains. You are his girlfriend and there's no need to be jealous of his extracurricular activities.
14. DON'T COMPARE HIM TO YOUR EX-BOYFRIEND : That's not fair. Whoever kisses better, just keep it to yourself.
15. DON'T KISS AND TELL : Don't ever squeal "bed scenes." Your intimate moments should only be shared and kept exclusively by the two of you.
16. DON'T WORRY OR OVERREACT WHEN HE'S DRIVING : Remember, he isn't going to compromise your safety on the road. Sit back and enjoy the ride (unless he's drunk).
17. DON'T EMBARRASS HIM IN FRONT OF OTHER PEOPLE : It's the male ego thing. Never, never say..."He farts too loud, don't you, honey?"
18. DONT BREAK YOUR PROMISE : That is self-explanatory.
 19. DON'T KEEP SECRETS FROM YOUR BOYFRIEND : Your secrets will be safe with him. Remember, guys are trustworthy than girls. Unless, of course, your boyfriend's your biggest secret.
20. DON'T ASK HIM TO BUY TOO MANY THINGS FOR YOU : This is not nice. Wait for him to ask you what you want.
21. DON'T DATE YOUR EX-BOYFRIEND : Dont dare see your ex without your boyfriend's consent. Even if it was just a simple dinner together, don't dare mess with his trust.

Sunday, November 28, 2010

Air Mata Wanita..



Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."